Peraturan Pertandingan Perahu Layar





PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN PERAHU LAYAR 2012


1. PERATURAN AM

1.1   Selain daripada peraturan-peraturan  yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut “ International Sailing Federation Racing Rules of Sailing –RRS 2009 – 2012 , ‘International Optimist Dinghy Association (IODA) ‘ Class Rules dan International  Laser Class Association Rules (ILCA).

1.2   Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang – undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3   Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berdasarkan kepada Peraturan   
        Pertandingan Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Malaysia.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berdasarkan kepada
        Undang - Undang IODA.dan International Laser Class Association(ILCA).
1.3.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
        Pertandingan Kejohanan Perahu Layar  Majlis Sukan Sekolah Sekolah
        Malaysia  adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang
       rayuan.


2. TARIKH PERTANDINGAN

2.1   Pertandingan akan diadakan pada 12 – 17 Mac 2012.


3. TEMPAT PERTANDINGAN       

3.1   De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan. Pahang.


4.  JADUAL PERTANDINGAN
     
                Sila rujuk kronologi


5. PENYERTAAN

5.1     Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri di Malaysia dan penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri masing-masing





5.2     Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu pasukan sahaja yang terdiri daripada:
      
4.2.1 Ketua Kontinjen                : 01 orang
4.2.2 Pengerusi Teknik              : 01 orang
4.2.3 Pengurus Pasukan           : 01 orang
4.2.4 Jurulatih                            : 02 orang
4.2.5 Pegawai Wanita                : 01 orang
4.2.6 Peserta                             : 12 orang
   ………………………………………………..

                               Jumlah     : 18 orang

   …………………………………………………


6.   KELAYAKAN PESERTA

6.1    Peserta-peserta yang layak di daftar hendaklah lahir pada tahun yang berikut dan hanya 5 orang peserta sahaja yang boleh di daftar pada setiap kategori optimist dan seorang bagi kelas Laser Radial (lelaki) dan seorang Laser 4.7 (perempuan). Peserta-peserta hanya boleh bertanding dalam satu kategori sahaja.

6.1.1 Peserta Optimist  bawah 15 tahun – lahir tahun 1997, 1998 dan 1999
        ( 5 peserta )

6.1.2 Peserta Optimist bawah 12 tahun – lahir tahun 2000 dan selepasnya
        ( 5 peserta )

6.1.3 Peserta Laser 4.7 – perempuan lahir pada 1995 dan selepasnya.

6.1.3 Peserta Laser Radial – lelaki lahir pada 1995 dan selepasnya.


6.2    Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan dua salinan Sijil Kelahiran atau salinan Kad Pengenalan dan dua keping gambar berukuran pasport bersama Borang Pendaftaran Pasukan. Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran
      Negara.


7. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

7.1     Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan satu hari sebelum pertandingan dijalankan.

7.2     Semua Pengurus Pasukan  dikehendaki mengemukakan senarai nama  peserta, Kad Pengenalan Sijil Kelahiran dan dokumen pendaftaran  JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan.

7.3    Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.






8.   ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


      8.1 Individu

            7.1.1 Optimist Bawah 15 tahun – Lelaki
            7.1.2 Optimist Bawah 15 tahun – Wanita
            7.1.3 Optimist Bawah 12 tahun – Lelaki
            7.1.4 Optimist Bawah 12 tahun – Wanita
            7.1.5 Laser 4.7 - Wanita
            7.1.6 Laser Radial - Lelaki
            7.1.7 Penaja-Optimist  Bawah 15 tahun ( terbuka )
            7.1.8 Penaja-Optimist Bawah 12 tahun ( terbuka )
            7.1.9 Penaja-Laser 4.7
            7.1.10 Penaja –Laser Radial


      8.2 Optimist Berpasukan – Terbuka


9.  SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Kelas kelas kategori yang di pertandingan akan bertanding pada gelanggang
      yang sama tetapi di mulakan 5 minit selepas satu kelas.

9.2    Pertandingan antara pasukan akan dilaksanakan  mengikut sistem pemberian mata RRS 2009 - 2012 Lampiran D.


10.  PERALATAN

10.1.Semua peserta perlu menyediakan sendiri peralatan berikut :

  10.1.1 Jaket Keselamatan
  10.1.2 Penceduk Air
  10.1.3 Nombor Layar

10.2 Bagi acara individu bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun, pelayar boleh
        menggunakan sebarang bot dan layar berpandukan  IODA ‘Optimist Class
        Rules ‘ atau bot MORRES yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
        Malaysia.

10.3 Bagi acara berpasukan, setiap pasukan boleh menggunakan sebarang  bot dan
        layar yang  mengikuti  IODA’ Optimist Class Rules ‘ atau bot MORRES yang di
        bekalkan oleh Kementerian  Pendidikan Malaysia dan di benarkan menukar
        pelayar simpanan yang berdaftar untuk  menggunakan bot yang sama 
        dengan pelayar yang di tukarkan.

10.4 Bot Laser 4.7 dan Laser Radial hendaklah mengikuti Class Rules International
        Laser Class Association (ILCA).



11. PENGADIL

      11.1 Pengadil / Juri akan dilantik oleh pihak Pengelola Pertandingan MSSM dan
                bertindak mengikut RRS Appendix N dan menjalankan tugas RRS 42.

       11.2 Pengadil / Juri akan di tubuhkan oleh pihak Pengelola yang terdiri daripada
                tidak kurang 5 orang ahli.

11.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurang dua orang pengadil.       

11.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil / Juri / Pegawai Pertandingan
         adalah muktamad dan tanpa rayuan.


12. BANTAHAN

12.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Setiap bantahan hendaklah dibuat
        secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00
        tunai.

12.2 Wang pertaruhan akan lupus jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak
        wajar.

12.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kejohanan Perahu
        Layar  Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Tahun 2012 satu jam
        sebaik sahaja bot pegawai perlumbaan mendarat.


13.  HADIAH

        Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut :

13.1  Acara Berpasukan           : Pertama hingga kelima

13.2 Acara Individu Penaja

13.2.1   Optimist Terbuka – Bawah 15 tahun  : Pertama hingga kesepuluh
13.2.2        Optimist Terbuka – Bawah 12 tahun  : Pertama hingga kesepuluh
13.2.3        Laser 4.7                                            : Pertama hingga Ketiga
13.2.4        Laser Radial                                       : Pertama hingga Ketiga


13.3     Acara Individu

 13.3.1   Optimist Bawah 15 tahun – Lelaki   : Pertama hingga Kelima
   13.3.2   Optimist Bawah 15 tahun – Wanita : Pertama hingga Kelima
   13.3.3   Optimist Bawah 12 tahun – Lelaki   : Pertama hingga Kelima
   13.3.4   Optimist Bawah 12 tahun – Wanita : Pertama hingga Kelima
   13.3.5   Laser 4.7                                         : Pertama hingga Ketiga
   13.3.6   Laser Radial                                    : Pertama hingga Ketiga






13.4  Hadiah Khas

13.4.1    Pelayar Terbaik Lelaki
13.4.2    Pelayar Terbaik Perempuan
13.4.3    Johan Keseluruhan


14. PENGINAPAN

14.1      Semua pegawai dan atlit diminta membawa kain cadar dan sarung bantal
         sendiri

14.2      Sila patuhi peraturan asrama yang disediakan oleh pihak sekolah


15. PENGANGKUTAN

15.1 Pengangkutan hanya disediakan untuk pasukan Sabah, Sarawak dan Labuan
        sahaja.


16.  LIABILITI

16.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas segala kejadian yang
        tidak diingini jika berlaku terhadap sebarang peralatan, pelayar, pegawai 
        pasukan, pegawai pertandingan atau orang lain semasa kejohanan ini
        berlangsung.


17. ARAHAN PERTANDINGAN ( FINAL )

        Arahan  Pertandingan (SI) akan diedarkan semasa mesyuarat pengurus    pasukan.